Peranan setaraf Raja permaisuri

Asia Timur

Sebagaimana kebudayaan Melayu, monarki di Asia Timur juga memiliki kedudukan yang dapat disejajarkan dengan permaisuri. Disebabkan kedudukan maharaja lebih tinggi kedudukannya dari raja, permaisuri maharaja atau "maharani" juga berkedudukan lebih tinggi dari permaisuri raja. Gelaran untuk raja permaisuri ditulis dengan dua aksara Cina 王妃 dan dibaca ōhi di Jepun dan wangbi di Korea, sedangkan gelaran untuk maharani ditulis dengan huruf 皇后 dan dibaca huánghòu dalam bahasa Cina, hwanghu dalam bahasa Korea, dan kōgō dalam bahasa Jepun. Permaisuri tidak hanya bertindak sebagai isteri utama raja atau maharaja, tetapi juga sebagai "Ibunda Negara" (國母, Guómǔ).

Hampir semua dinasti penguasa di Cina mensyaratkan kedudukan permaisuri hanya diisi oleh satu orang, kecuali pada masa Dinasti Yuan dan pada masa Maharaja Xuan dari Dinasti Zhou Utara. Sebagaimana di China, posisi permaisuri di Korea juga hanya dapat diisi satu orang dalam satu waktu. Pada awalnya, seorang selir dapat naik pangkat menjadi permaisuri ketika jawatan permaisuri kosong. Namun mulai tahun 1701, keputusan dibuat untuk melarang para selir naik menjadi raja permaisuri. Pada tahun 1897, Raja Gojong menyatakan dirinya sebagai maharaja dan mengubah Kerajaan Joseon menjadi sebuah empayar yang berumur singkat, iaitu hanya sampai tahun 1910. Pada masa itu, Sunjeong merupakan satu-satunya wanita yang menjadi maharani secara rasmi ketika masih hidup. Wanita lain dianugerahi gelaran maharani secara anumerta.

Di Jepun, seorang maharaja hanya dapat memiliki satu permaisuri sampai pada zaman Heian. Setelahnya, maharaja dapat memiliki dua permaisuri, satu permaisuri bergelar kōgō, sedangkan yang lain bergelar chūgū (中宮). Larangan berpoligami mulai diperkenalkan pada masa Restorasi Meiji, menjadikan maharaja Meiji sebagai maharaja terakhir yang memiliki lebih dari satu isteri.

Eropah

Di Eropah, gelaran kebangsawanan memiliki bentuk lelaki dan perempuan, seperti gelaran bahasa Inggeris "prince–princess", "king–queen", dan "emperor–empress". Dalam konteks penguasa monarki, biasanya seorang permaisuri menyandang gelaran yang sama sebagaimana pemimpin monarki wanita. Di United Kingdom, gelaran queen dapat digunakan untuk penguasa monarki wanita bertaraf ratu (contoh: Elizabeth II) dan raja permaisuri (contoh: Elizabeth Boweys-Lyon).

Biasanya isteri seorang raja akan dimahkotai atau ditabal sebagai raja permaisuri. Namun wacana terhangat di United Kingdom berkenaan pewarisan takhta terkait dengan kedudukan Camilla, isteri Putera Charles. Beberapa pihak menyatakan bahawa ketika Charles naik takhta sebagai raja, Camilla tidak akan menerima gelaran queen sebagai para permaisuri sebelumnya, tetapi akan menyandang gelaran puteri damping atau setara dengan puteri.

Dalam sesetengah keadaan, permaisuri yang kematian rajanya (iaitu permaisuri balu dan bonda ratu) boleh menjadi pemangku raja kepada putera-puteri baginda yang masih kecil. Sebagai contoh:

Timur Tengah

Kedudukan isteri pemerintah monarki di Timur Tengah adalah bermacam-macam, tergantung adat dan undang-undang di setiap negara. Arab Saudi tidak memberikan gelaran rasmi yang dapat disepadankan dengan permaisuri bagi isteri-isteri Raja Saudi. Di Jordan, isteri raja dianugerahi gelaran malikah (ملكة) dan gelaran ini juga dapat digunakan oleh seorang ratu dalam konteks seorang pemerintah monarki. Di Maghribi, permaisuri raja dianugerahi gelaran amirah (أميرة), gelaran yang sama dengan yang disandang oleh puteri.

Pada masa Mesir Kuno, isteri utama kepada firaun yang lelaki bergelar ḥmt nswt wrt, yang dapat disejajarkan dengan permaisuri. Pada masa Kekhalifahan Uthmaniyyah, pada umumnya para pasangan sultan memiliki kedudukan yang cenderung setara. Namun pada abad keenam belas, pasangan utama sultan dianugerahi gelaran haseki sultan, gelaran yang dapat disejajarkan dengan permaisuri.[2] Pemegang gelaran ini memiliki pangkat superioriti yang jauh mengungguli pasangan sultan yang lain, terlihat dari perbandingan pendapatan berkala yang diperoleh. Awalnya gelaran ini hanya disandang satu orang saja pada satu-satu masa, tetapi lama-kelamaan gelaran ini disandang banyak wanita dalam satu masa, dan kemudian tidak lagi digunakan pada abad kelapan belas. Setelah tidak digunakannya kembali gelaran haseki sultan, kedudukan para pasangan sultan kembali cenderung setara tanpa perbezaan status yang menonjol.